| |




KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
RENUNGAN BERSAMA TAHUN 1431H/2010M


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selawat Dan Salam ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W Dan Para Sahabat Serta Pejuang-Pejuang Islam (Para Syuhada’)

Pertamanya marilah kita menghisab diri kita sebelum kita dihisab di hadapan Allah pada hari yang dinyatakan;“Hari yang tidak memberi guna oleh harta dan anak-pinak melainkan mereka yang datang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera (beriman kepada Allah).“

Keduanya kita hendaklah sedar bahawa tujuan kita dijadikan oleh Allah antara tujuan besarnya ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah (beribadat kepadanya sahaja), yakni pengabdian diri kepadanya dalam seluruh aspek kehidupan kita (the way of life).
Seterusnya marilah kita melihat kepada diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita. Semuanya ini akan memberikan kita keinsafan dan kesedaran bahawa terlalu banyak tugas dan agenda kita yang belum selesai.

Tugas mendidik anak murid dalam kelas/luar kelas adalah tugas utama kita selaku kakitangan Awam yang sentiasa terikat dengan peraturan dan undang-undang yang semestinya kita hendaklah peka dan mematuhinya sepanjang kita bertugas.

Kita hendaklah sentiasa patuh dan peka masa kehadiran,masa masuk kelas, penyediaan buku rekod mengajar, cuti, tugasan kurikulum,ko-kurikulum, pemeriksaan hasil kerja/latihan murid dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar/Pentadbir sekolah.

Biarlah segala kerja buat yang kita lakukan itu dilakukan dengan ikhlas, jujur dan amanah, barulah akan menjadikan kita melakukan ibadah kepada Allah S.W.T.

Terima Kasih, Syukran Jazilan saya ucapkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang telah menaburkan khidmat kepada sekolah ini sepanjang tahun lalu dan akan datang.
Sekian, Wassalam.


Guru Besar
Sk Kuala Dura

Posted by SK Kuala Dura on 10:34 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for " "

Leave a reply