Sejarah Sekolah
Bermula dengan nama " Sekolah Rakyat Kampung Berching, (Sempena letaknya di kampung Berching) telah dibuka dengan rasminya pada tanggal 27 Oktober 1951 oleh Tuan Pegawai daerah Hulu terengganu Dato' Embong bin Dato' Jaya. kampung Berching adalah sebuah kampung yang jauh di pedalaman ke Hulu Terengganu. untuk ke sekolah ini, dari pekan terdekat iaitu Kuala Berang terpaksa mengambil masa kira-kira dua hari perjalanan dengan mengayuh sampan yang merupakan satu-satunya cara perhubungan di waktu itu
Sekolah Rakyat Kampung Berching bermula dengan 34 orang murid dewasa yang datang dari kampung-kampung sekitarnya seperti Kampung Berching sendiri, Kampung Lubuk Awang, Kelitok, Melor, Chumar dan Kampung petang. mereka mengikuti kelas yang dikenali dengan nama " Kelas Dewasa" ketika itu dan diasaskan oleh seorang guru yang bernama Abdullah bin Isa. dsebabkan oleh perhubungan yang sangat sukar, kerajaan telah mengambil langkah menyusun semula masyarakat disini. Pada bulan Disember 1959, semua penduduk kampung Berching dan kampung-kampung sekitarnya telah dipindahkan ke kawasan perkampungan yang lebih tersusun yang dipanggil Kampung Kuala Dura yang terletak kir-kira 12 KM dari pekan Kuala Berang. Setelah siap sepenuhnya pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1984, kini tapak asal 'Sekolah Rakyat kampung Berching ditenggelami air.
Pada 01.12.1959, semua murid dari Sekolah Rakyat Kampung Berching telah dipindahkan ke sebuah bangunan baru mempunyai dua bilik darjah dalam kawasan seluas lebih kurang 4 hektar yang terletak di kampung Kuala Dura. dengan nama baru ' Sekolah Umum Kuala Dura' sekolah ini sekali lagi memulakan kelasnya dengan bilangan murid seramai 35 orang dan 2 orang guru.
Pada tahun 1965, sebatang jalanraya telah dibina untuk menghubungkan Kampung Kuala dura dengan sebuah kampung berhampiran, iaitu Kampung Kuala Pueh. bermula disini, ramai penduduk kampung dari kampung-kampung sekitarnya seperti Kampung Berkah, Kampung Dusun dan kampung Pasir Nering berpindah ke Kampung Kuala Dura menjadikan sekolah Kuala Dura bertambah bilangan muridnya.
.