Cuti Am Pada Hari Ahad 2 Januari 2010

2 Januari 2010 (Ahad) Cuti Am bagi Negeri Terengganu Sempena Kejayaan pasukan bola sepak Malaysia




| | Read More »

Pendaftaran Murid Bagi Persekolahan 2011





PENDAFTRAN MURID BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2011

TARIKH : RABU 29 DISEMBER 2010
TEMPAT: DEWAN SK KUALA DURA

DIJEMPUT SEMUA IBUBAPA DAN MURID-MURID MENDAFTAR PADA HARI BERKENAAN

| | Read More »

Kampus Astro- Tingkatkan Peluang Pembelajaran




Kampus Astro adalah salah satu inisiatif pembelajaran di bawah program tanggungjawab sosial korporat Astro. Dilancarkan pada akhir tahun 2008, misi program Kampus Astro adalah untuk membawa satu pengalaman pembelajaran yang holistik dan menyeronokkan kepada pelajar - pelajar Malaysia dengan sumbangan dekoder Astro yang mempunyai fungsi rakaman yang luas, set TV LCD dan akses kepada 13 siaran antarabangsa dan tempatan kepada lebih dari 10,000 sekolah kebangsaan dan menengah kerajaan (anggaran lebih kurang 5.2 juta pelajar) termasuk Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di seluruh Malaysia.

Di bawah program Kampus Astro ini, kami bukan hanya membekalkan set perkakas Kampus Astro dan akses kepada siaran program pembelajaran kami, malah kami juga menitikberatkan latihan penggunaan kepada guru - guru media, perkembangan kandungan pembelajran yang lebih berkualiti dan relevan untuk pelajar - pelajar Malaysia dan juga aktiviti jangkau luar bersama guru dan pelajar.

Melalui Kampus Astro ‘website' juga, kami memaklumkan kepada komuniti sekolah secara berterusan tentang jadual dan sinopsis program - program kami yang terkini untuk guru-guru mengenalpasti program yang bersesuaian untuk tahap pelajar. Ini membolehkan guru-guru membuat perancangan yang bersesuaian untuk penggunaan pembelajaran yang lebih efektif dan relevan. Kami sentiasa menggalakkan konsep 3R - iaitu Rancang, Rakam, dan Reka - untuk keberkesanan penggunaan set Kampus Astro.

Untuk pengisian Kampus Astro di sekolah, lebih dari 172 jam kandungan TV tempatan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin telah dihasilkan setakat ini untuk memenuhi kehendak rakyat Malaysia di dalam pembelajaran akademik dan kemahiran hidup. Program utama kami termasuk Astro TVIQ UPSR!, PMR!, 'The English Room' dan Dunia Adik di saluran Astro 552; Astro Xiao Tai Yang - XTY Fun Tuition, Di Zi Gui dan IQ Xiao Tai Yang di Saluran Astro 325.

Untuk program rintis jangkau luar Kampus Astro, kami telah mengadakan aktiviti di 41 sekolah sekitar Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia melingkupi sekitar 6,000km, 33,500 pelajar dan 1,300 guru dalam masa 10 minggu. Matlamat program jangkau luar Kampus Astro ini ialah untuk memberi pengenalan Kampus astro kepada pelajar - pelajar dan guru - guru tentang peluang pembelajaran yang menyeronokkan yang boleh digunakan di sekolah.

Seperkara penting lagi di dalam program jangkau luar Kampus Astro adalah pembabitan 288 sukarelawan Astro yang telah berkhidmat sebanyak 3,006 jam untuk berinteraksi bersama pelajar sekolah dan menarik minat mereka tentang faedah Kampus Astro di dalam menyokong pembelajaran subjek Matematik, Sains dan juga Bahasa.

Kami di Astro akan sentiasa memberi komitmen untuk meningkatkan dan menyokong pembelajaran pelajar - pelajar Malaysia melalui perkhidmatan kami dan akan sentiasa mencari ruang untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami.

Sumber: Astro

| | Read More »

Semakan Keputusan UPSR 2010 secara online untuk Sk Kuala Dura Sahaja






Semakan Keputusan UPSR 2010 secara online melaui laman sesawang www.skkualadura.net16.net


Jika berlaku sebarang masalah, sila hubungi Fasilitator Schoolnet Sk Kuala Dura
melalui email: ghafure@gmail.com

| | Read More »

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH


KENYATAAN AKHBAR

Y.BHG. TAN SRI DATO’ ALIMUDDIN HJ. MOHD DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Kenyataan akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisme “soft landing” adalah seperti berikut:

(i) P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).

(ii) Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:

(a) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(b) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.

(c) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.

(d) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.

(e) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(f) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015

PENTAKSIRAN

(a) Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.

(b) Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.

(c) Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015.

Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016. Walau bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematikn bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.

| | Read More »

CD kemaskini kaspersky 2010 (Talian Schoolnet)



















Adalah dimaklumkan, bagi memudahkan penyenggaraan perkhidmatan antivirus di sekolah, pihak GITN Sdn. Berhad (GSB) telah menyediakan sejumlah 27,000 CD perkhidmatan antivirus MSS Schoolnet untuk dibekalkan kepada semua sekolah yang telah dipasang antivirus. CD tersebut telah dibekalkan oleh pihak GSB melalui PKG seluruh Malaysia.

| | Read More »

live (Secara Langsung)

| | Read More »